Wednesday, September 9, 2009

Jemputan Majlis Berbuka Bersama Penduduk Seksyen 3 Bangi


Rabu, 9 Sept 2009 Penduduk Seksyen 3 menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim rukaiyah KKR-Amal Sg. Merab Luar. Jawatan Kuasa Penduduk dengan bermurah hati telah mengumpul wang sumbangan sebanyak lebih RM 8000 untuk di sumbangkan kepada Anak Anak Yatim Rukaiyah. Selebriti tv dan pakar motivasi terkenal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah juga turut sama menjayakan majlis yang di adakan di kawasan kediaman beliau.

Monday, September 7, 2009

Majlis Kejutan Hari Lahir Kak Aizan dan Adik Amira

Ahad, 6 sept 2009 Anak anak KKR-Amal Mengadakan Suprise Party untuk kak Aizan dan Adik Amira selepas tarawih. walaupun simple tapi amat bermakna.


adik amira menerima hadiah dari Kak Mas














Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab NINJA 250R malaysia




Sabtu, 5 sept 2009 Sebuah kelab motosikal berkuasa besar NINJA 250R telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim KKR-Amal di Kompleks Kebajikan Rukaiyah sg. Merab Luar bangi. Seramai lebih 70 buah motosikal dan 100 org turut hadir, terdiri daripada ahli keluarga Ninja 250R, keluarga KKR-Amal dan tetamu dari Singapura (Captain Bike) juga tidak melepaskan peluang untuk bersama sama anak anak KKR-Amal berbuka puasa dan bertarawih.
























Sunday, September 6, 2009

Majlis Perasmian KKR-Amal dan Majlis Berbuka Puasa


Jumaat, 4 sept 2009 Berlangsung Majlis Perasmian kompleks Kebajikan Rukaiyah dan Majlis Berbuka Puasa, bertempat di Dewan Perdana Malaysia France Institute, Universiti Kuala Lumpur. Majlis di rasmikan oleh Ustz Razak selaku Presiden ABIM. turut memeriahkan majlis lebih 200 tetamu hadir untuk bersama sama menjayakan majlis perasmian ini



antara VIP yang hadir





En. Fairus Sedang melayan tetamu mengambil juadah berbuka


En Hafiz bersama anak anak KKR-Amal menjamu selera













Hadirin yang hadir menjayakan Majlis Perasmian




Kumpulan Nasyid MUNADA' memeriahkan lagi suasana dan menghiburkan hadirin yang hadir pada majlis tersebut






Jemputan Berbuka Puasa Di INTAN

Khamis 3 sept 2009 Anak anak yatim KKR-Amal dijemput berbuka puasa di Institut Tadbiran Awam Negara di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis Diserikan lagi dengan Kehadiran ramai tetamu dan jemputan untuk berbuka pusa bersama.
Sedang Menunggu waktu berbuka

Sebahagian dari staff KKR-Amal yang turut sama hadir pada majlis tersebut
dari kiri Cik Rahida, cikHanis, Cik Mastura

Adik Mohd Najib bersama Pegawai INTAN



Majlis Beebuka Puasa Bersama DYMM Sultan Selangor

Rabu. 2 sept 2009 Universiti Putra Malaysia, menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor, untuk meraikan anak anak yatim selangor. Turut Hadir Pada majlis tersebut termasuk Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim Serta Kerabat Diraja Selangor


Pelajar perempuan KKR-Amal menerima Duit Raya Dari DYMM Sultan

Anak anak yatim KKR-Amal sedang beratur untuk menerima sumbangan duit raya


Mohd Najib, Pelajar Senior KKR-Amal menerima duit raya dari DYMM Sulatan